Isnin, 15 Mei 2017

PERANAN PEKERJA DALAM LUXURY SPA AND SALOON



Ku Yusniza Binti Ku Shari

Ketua Eksekutif & Pengurus Operasi, 23 tahun

         Ku Yusniza akan menjalankan tugas mengurus operasi perniagaan dan organisasi. Beliau juga akan memastikan perniagaan berkonsep spa dan kecantikan selalu beroperasi dalam keadaan yang lancar serta memenuhi kepuasan pelanggan. Selain itu, kebanyakan keputusan strategi-strategi perkembangan perniagaan akan diputuskan olehnya. Beliau juga akan mempertimbangkan cadangan-cadangan pengasas lain. Beliau juga dikehendaki menandatangani minit-minit mesyuarat yang diluluskan.



Wan Nurul Fathiah binti Wan Rosli,23 tahun

Pengurus Pentadbiran & Sumber Manusia

Wan Nurul Fathiah akan menjalankan tugas pengurusan pentadbiran, mengawal selia perolehan dan penyelenggaraan aset, melaksanakan mesyuarat keutuhan dan menyelaras tugas-tugas staf sokongan. Beliau juga dikehendaki membina rancangan untuk memulakan perniagaan yang berkisarkan lokasi yang strategi, waktu, produk perniagaan dan pembahagian tugas. Selain itu, beliau akan menyelaras aspek pembangunan sumber manusia dan membantu di dalam penyediaan anggaran peruntukan tahunan dan lain-lain.





Nor Shakirah Binti Mohd Radzi, 23 tahun

Pengurus Pemasaran

Fatin akan menjalankan tugas untuk membuat promosi atau iklan untuk mengembangkan perniagaan kami supaya servis ditawarkan diketahui oleh sasaran pasaran serta boleh menyaingi pasaran sedia ada. Beliau juga dikehendaki menjalankan tugas servis diberikan selalu memenuhi kehendak pelanggan. Selain itu, beliau hendaklah mengenal pastikan kelebihan dan kelemahan servis yang ditawarkan oleh pesaing. Beliau juga hendaklah merancang strategi syarikat untuk menarik minat pelanggan serta menjalankan aktiviti jualan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan